Friday 3 February 2012

The Chef : Chef At Home

Pasti ramai sangat yang suka menonton saluran astro 703 AFC kan?...yup...memang banyak sangat rancangan masak memasak dalam channel ni...yerlah namepun saluran masakan dan makanan... :)
Namun untuk kategori masak memasak aku paling suka tengok rancangan masakan chef at home...sejak dulu lagi..bertahun lamanya...walaupun berulang ulang kali...memang tak bosan...Terlalu banyak kelebihan kenapa chef Micheal Smith ni antara chef yang paling aku suka (selain Nigella, Anna Or Jamie)...


Micheal Smith seorang yang kemas dan bersahaja ketika berada didapur..selain rancangan Chef at Home, Chef Smith juga ada rancangan masakan Chef at Large, Chef Abroad dan pelbagai rancangan masakan lain tapi aku jarang tengok...Chef kelahiran Canada nih shooting dekat rumah die...so Chef Smith membawa kita kerumahnya dan menunjukkan kepada kita bagaimana untuk mewujudkan makanan yang mudah...makanan yang enak untuk keluarga dan rakan-rakan kita...Tak perlu sibuk sibuk nak buka buku resepi buka jer peti ais, masuk pantry dan mula.
Dalam setiap episod, Chef Smith akan memasak dengan memilih perisa dan bahan-bahan yang secara semula jadi , dengan menggunakan teknik-teknik memasak yang paling asas.
Setiap hidangannya dalam setiap episod adalah lengkap untuk sekali makan samada untuk lunch ataupun dinner dan kadang-kadang lengkap hidangan untuk sebuah party...Selain itu juga Chef Smith tidak lokek untuk berkongsi ilmu dalam segmen tips shopping barang dapur yang memang ada slot dalam setiap episode Chef at Home...


Paling aku suka...pantry die...kemas dan simple...aku cube juga nak buat pantry macam tuh dekat rumah...tapi jadi stor ajer...sudahnya gobok alamari jer jadi ruagan pantry...namun aku tetap penuhkan barang keperluan dalam pantry tuh, sebab nanti senang nak guna...tapi kadang kadang ade juga barang yang dah expired sebab jarang guna...hihihihi..

 


Masakan Chef Smith simple dan menyelerakan...sihat dan seimbang....presentable dan full of spice...macam die selalu cakap Rich Of Flavor...kekadang terliur bile tengok bende yang die masak...ade jugalah yang aku cuba...ala bukan susahpun sebab apa yang die masak tu menu yang biasa kita makan jer...tapi penyediannya yang menarik perhatian....Bila akhir rancangan operasi menjamu selera  masakan sangat aku tunggu...bertuah jadi isteri dan anak die...duduk je n dapat makan makanan yang so yummy...ada juga rasa dalam hati nak tumpang sekaki...huhuhuhu
Apepun untuk mengetahui resepi lain yang menyelerakan boleh layari INFO SMITH di sini. Takpun buka jer 703 AFC astro...sentiasa ada....Layanzzzz...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...